Opick, Rapuh :)





Thursday 21 November 2013

INSPIRASI ♥♥

Assalamualaikum.. Selamat Petang ^_^

Haii Mrs. Buibui.. Tujuan aku menulis nih teringat kan Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Catatan beliau memberi kesedaran kedalam diri aku bahawa DUNIA ini hanyalah SEMENTARA. Pinjaman dari ALLAH!

Ceritanya semalam aku buka Twitter. tetiba aku nampak seorang kakak nih post *Adik Ammar dalam kenangan, Alfatihah*. Disitu aku mula lihat siapakah beliau, Kenapa beliau sungguh memberi kesan kepada dunia. Rupanya ada kisah disebalik kematian beliau. Arwah Ahmad Ammar adalah seorang Mujaheed. Ammar adalah sebaya dengan aku. Di awal usianya beliau pergi menghadap Ilahi. ALFATIHAH TO AHMAD AMMAR THE MALAYSIAN GUY WHO DIED IN TURKI TWO WEEKS AGO BECAUSE OF ACCIDENT. HE'S A GREAT GUY, MAY ALLAH GRANT HIM JANNAH!
Arwah mempunyai lima orang adik beadik dan beliau seorang sahaja anak lelaki didalam keluarga Ahmad Azam (Abah Ammar).
Semasa aku menonton Video Ahmad Ammar, hati aku tersentuh dengan kebaikan yang beliau buat. Sungguh jika aku berpeluang menjadi seperti Ammar, Allah aku lah orang paling bersyukur. Menjadi sepertimu Ammar membuatkan hatiku memberontak ingin berjihad ke jalan Allah. Ingin membantu mereka yang memerlukan bantuan. Ingin merantau ke seluruh dunia. Semoga perjuangan mu memberi kesan kepada golongan Muda zaman sekarang. In sha Allah. Akan aku jadikan beliau sebagai inspirasi aku ^_^

Buat Ammar, Hidupmu dikelilingi orang orang soleh, Mati pula bersemadi jasadnya di kelilingi jasad orang orang SOleh. Takdir Allah buat hambaNya yang terpilih. #AhmadAmmar pemuda berjiwa besar 

"Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)

"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)


(maaflah tulis agak pening sikit. tak pandai berkata-kata)


No comments:

Post a Comment